Mobile Legend Bang Bang Peringkat Kedah
2 November 2025 | Aktiviti Terkini
Program Mobile Legend Bang Bang peringkat Kedah telah berlangsung pada 1 November 2025. NADI Kampung Gunung Hilir tidak melepaskan peluang menghantar wakil untuk beraksi di pertandingan ini. 5 peserta dari Kedah Star Force, KSF yang memenangi di peringkat saringan sebelum ini telah menjadi wakil NADI Kampung Gunung Hilir.
Pertandingan yang bermula seawal 10 pagi dan berakhir pada 4.15 petang ini tidak membuahkan hasil. Walaupun penuh dengan kekalahan, pihak NADI juga mendapat komen yang positif dari peserta Mobile Legend seperti mendapat pengalaman baru dan dapat berentap dengan orang – orang baru.
Seiring dengan peredaran waktu, pertandingan e-sport juga diiktiraf sebagai sumbangan kepada markah PAJSK sekolah. Dengan adanya pertandingan sebegini dapat membantu pelajar mendapatkan markah tambahan untuk PAJSK. E-sukan yang awalnya dianggap membuang masa, sekarang boleh membawa kepada sesuatu kerjaya jika digunakan dengan cara yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: